



Nama : DAYANG NUR ARIFAH SOLEHAH BINTI ABU BAKAR MOHAMED Umur : 16Tahun Latar belakang Dayang merupakan seorang pelajar tingkatan 4 di SMK Darul Ehsan . Beliau sudah berdaftar menjadi ahli NADI sejak dari bulan 2 2025. Beliau merupakan pelanggan tetap NADI Sungai Tua dan sentiasa mengikuti kelas tuition di NADI Sungai Tua semenjak bulan mac 2025. Selain itu,beliau menggunakan sepenuh perkhidmatan NADI untuk menyiapkan kerja-kerja sekolah dan sangat komited menghadiri setiap kelas yang diadakan seperti webinar berkala.
Dayang tidak mempunyai kemudahan IT dirumah beliau dan memandangkan NADI agak dekat dengan kediaman beliau, maka agak mudah untuk Dayang untuk menggunakan laptop dan menghadiri kelas tuition.
Kemudahan yang dtawarkan oleh NADI banyak membantu beliau, kemudahan menggunakan Laptop secara percuma dan juga tempat yang lebih kondusif menyebabkan beliau kerap hadir ke NADI. Beliau berasa sangat gembira dan bersyukur kerana NADI Sungai Tua menyediakan tuisyen secara percuma dan kemudahan digital seperti laptop dan capaian internet turut membantu pelajar mengikuti pembelajaran dengan lebih berkesan. Selain itu, dengan tuisyen percuma ini beliau berpeluang belajar pelbagai subjek seperti Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris secara dalam talian secara live. Kelas yang dijalankan di kawasan setempat juga menjimatkan masa dan kos perjalanan. Tambahan pula, suasana pembelajaran yang positif serta sokongan komuniti memberi semangat kepada pelajar untuk terus berjaya.





Berikut merupakan kisah kejayaan sebelum dan selepas menyertai program Mahir Jahit Intake-2
Sebelum menyertai kelas ini, beliau sememangnya sudah mahir dalam bidang jahitan dan mempunyai kemahiran asas yang kukuh. Namun, dengan menyertai Kelas Mahir Jahit, beliau dapat mengasah lagi bakat serta meningkatkan kualiti jahitan untuk kepuasan para pelanggan. Melalui kelas ini juga, beliau mempelajari teknik jahitan yang lebih betul, kemas dan profesional, sekali gus menjadikan hasil jahitannya lebih berkualiti dan menepati standard yang lebih tinggi.
selepas menyertai kursus Mahir Jahit di NADI Sungai Tua, beliau berjaya menguasai teknik mendraf pola dengan lebih tepat, cara menggunting kain yang betul serta susunan pola yang kemas sebelum memotong. Beliau juga mempelajari penggunaan bahan dan alatan jahitan dengan betul hasil bimbingan dari tenaga pengajar yang berpengalaman. Dengan komitmen hadir ke setiap kelas, kemahiran jahitannya semakin meningkat dan hasil pakaian yang dihasilkan kini lebih kemas dan berkualiti. Kelas ini membantu beliau mengembangkan lagi asas jahitan yang sudah dimilikinya sebelum ini dan juga memberi keyakinan untuk beliau mengambil tempahan yang lebih dari sebelum ini


Adik AL Hakim merupakan kanak-kanak berumur 9 tahun telah menyertai kelas Kempen Kesedaran Internet Selamat yang dianjurkan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).Sebelum menyertai program ini, beliau menggunakan internet terutamanya untuk bermain permainan dalam talian dan menonton video tanpa memahami sepenuhnya risiko keselamatan siber.
Melalui kelas ini, beliau didedahkan kepada cara penggunaan internet secara selamat, termasuk kepentingan menjaga maklumat peribadi, mengenali kandungan tidak sesuai, serta tindakan yang perlu diambil jika berdepan situasi berbahaya di alam maya. Hasil daripada penyertaan program ini, beliau kini lebih berhati-hati ketika melayari internet, tahu membezakan kandungan selamat dan tidak selamat, serta berani melaporkan kepada ibu bapa atau guru sekiranya menemui perkara mencurigakan. Program ini berjaya meningkatkan kesedaran dan sikap bertanggungjawab dalam penggunaan internet sejak usia muda.
© 2026 Hakcipta Terpelihara